Monday, December 27, 2021

Perbahasan RUU Kewangan 2021

Video Link:  https://fb.watch/a8LkqX7ZYm/


Ucapan Perbahasan RUU Kewangan 2021 oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera YB Wong Hon Wai pada 14-12-2021

Terima Kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya terus merujuk kepada klausa 27 iaitu pindaan terhadap para 28, Schedule 6, Akta Cukai Pendapatan 1967 yang menarik balik pengecualian cukai untuk pendapatan yang terbit dari sumber luar Malaysia dan diterima di Malaysia.
Saya faham terdapat perubahan landskap untuk percukaian antarabangsa yang turut memberi impak kepada Malaysia. Antaranya European Union yang meletakkan Malaysia dalam Annex 2, Grey List dan juga Organization for Economic Co-operation and Development (OECD) mengemaskinikan Base Erosion and Profit Shifting (BEPS) 2.0 yang akan memberikan impak bagaimana multinational company menjalankan perniagaan di seluruh dunia termasuk di Malaysia.
Pada pandangan saya, the guiding principal ialah Malaysia perlu terus memastikan ia menjadi tarikan kepada pelaburan dan pada masa yang sama striking a balance dan flexible dari segi pendekatan untuk memenuhi obligasi percukaian antarabangsa.
Perubahan sistem percukaian ini menjadikan ia dari territorial tax system kepada satu worldwide tax system dengan mengenakan pendapatan asing oleh tax resident Malaysia apabila wang itu diremit balik ke Malaysia. Foreign Source income exemption ini untuk syarikat dilaksanakan sejak tahun 1998 dan individu sejak tahun 2004 dengan tujuan untuk menggalakkan penghantaran wang tersebut kembali ke Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, jurutera-jurutera di kilang semikonduktor di Pulau Pinang mempunyai Employee Stock Option Scheme (ESOS), di mana syarikat multinational company sebagai additional package memberikan stock option di Nasdaq ataupun di New York Stock Exchange yang apabila dijual dan dihantar balik ke Malaysia akan subject to tax kerana ia sumber dari luar yang akan diterima di Malaysia apabila dijual dan dihantar balik.
Wang tersebut sebelum ini diremit balik ke Malaysia untuk perbelanjaan dan membantu menjana ekonomi tempatan. Selepas pelaksanaan tax regime FSIE yang baharu akan mendorong wang tersebut terus disimpan di akaun luar negara dan tidak dihantar balik di Malaysia. Penarikan pengecualian FSIE ini akan mengurangkan daya saingan Malaysia untuk menarik syarikat-syarikat antarabangsa untuk mendirikan Global Operations Centre di Malaysia. Ini kerana profits dari luar negara akan remit balik kepada Global HQ di Malaysia dan ini akan subject to income tax. Maka Malaysia akan hilang daya saingan sebagai Global Operations Centre berbanding Singapura dan Hong Kong.
Saya ingin mendapat penjelasan Menteri terhadap pelbagai retirement scheme, pension ataupun provident fund sama ada dikecualikan daripada cukai kerana unit trust fund yang membuat pelaburan antarabangsa, EPF membuat pelaburan antarabangsa, private investment fund membuat pelaburan antarabangsa akan mendapat impak kepada rejim FSIE yang baharu.
Tuan Yang di-Pertua, saya minta penjelasan Menteri sama ada pembayar cukai akan mendapat double tax relief memandangkan Malaysia mempunyai double taxation agreement dengan banyak negara. Saya dapat research ialah 74 buah negara. Sila sahkan angka tersebut. Apakah usaha tambahan untuk memeterai lebih banyak double taxation agreement dengan negara-negara yang belum dimeterai?
Tuan Yang di- Pertua. Saya berpandangan model Hong Kong boleh diambil pertimbangan di mana FSIE untuk individu kekal tetapi untuk syarikat masih terdapat certain tax exemption berdasarkan kriteria-kriteria tertentu. Singapura juga tiada dalam European Union Grey List tetapi masih ada dalam kategori-kategori tertentu yang diberikan pengecualian terhadap pendapatan bersumber asing. Saya harap mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
You and 林水碹

No comments: